Obama Dan Indonesia
Nama Barack Hussein Obama begitu menonjol bak ombak yang memecah pantai Dunia Muslim, terutama di Asia Tenggara sejak beliau memangku jabatan sebagai Presiden Amerika ke 44.
Media Asia Tenggara melaporkan latar belakangnya - dibesarkan di Indonesia dan berbapak tirikan Soetoro, warga Indonesia beragama Islam. Ketika berusia enam hingga 10 tahun, Obama tinggal di Menteng, Jakarta, dan belajar di sana. Adik tirinya pun bersuamikan lelaki asal Sabah Malaysia.
Di Singapura sendiri, Barack menjadi buah bibir apalagi beliau pernah menetap di negeri jiran Indonesia yang merupakan negeri Muslim terbesar di dunia,
Persoalan muncul ? apakah beliau pernah menganut Islam atau pernah belajar tentang agama ini, karena dari beberapa artikel di internet di Singapura salah satunya dari Daniel Pipes “mendakwa Encik Obama dibesarkan sebagai seorang Muslim kerana beliau mengikuti kelas mengaji di Indonesia”.
Tapi hal itu dipatahkan sendiri oleh Obama yang dimuat dibeberapa surat kabar di Singapura ”Saya tak pernah menganut Islam selain nama saya dan hakikat bahawa saya pernah tinggal di negara majoriti Muslim selama empat tahun apabila saya masih kanak-kanak di Indonesia dari 1967 hingga 1971.'Saya menetap di Indonesia kerana ibu saya mengajar di sana dan Indonesia adalah negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam”..
“'Bagi saya, kehidupan di Indonesia memberi saya kesedaran bagaimana penduduk negara itu berfikir dan menyebabkan saya berfikir bagaimana mewujudkan hubungan lebih baik dengan negara Islam di Timur Tengah dan ia akan menjadikan kehidupan kita lebih selamat jika kita dapat memahami bagaimana mereka menangani isu-isu yang timbul.”
Umat Islam Indonesia dan juga asia tenggara terkenal dengan sifat toleransi yang tinggi terhadap penduduk yang berbeda agama dan budaya. Ini menjelaskan sikap mereka yang suka hidup dalam suasana aman dan harmoni dengan para penganut agama lain.
Media dan pengamat politik di Singapura berpendapat Obama perlu memberi perhatian kepada Asia Tenggara khususnya Indonesia, seperti yang diberitakan oleh sebuah harian di Singapura “Ini kerana usaha-usaha di Indonesia dalam mengekalkan keseimbangan politik sekular turut dipengaruhi oleh tindakan Amerika di Timur Tengah, khususnya masa depan rakyat Palestin. Bahkan, Amerika juga amat memerlukan sokongan Muslim yang sederhana seperti di Indonesia dalam menentang gerakan pengganas atau radikal”.
Demi faedah bersama, wajar Amerika meningkatkan hubungan yang lebih luas dan bermakna dengan negeri jiran ini, bukan saja dalam rangka menentang pengganasan, bahkan membina masa depan. Amerika hendaklah mendengar pandangan pemimpin moderat Muslim di Indonesia.
Nota: Artikel ini telah disadur dan diedit oleh pengelola Blogger Http://rumpunilmu.blogspot.com dari Berita Harian Singapura, yang ditulis oleh Saini Saleh 4 April 2009 lalu.

2 komentar:
Boleh juga obama ....
Nice info sob, Lam kenal azza
Posting Komentar